Thursday, September 2, 2010

Pengenalan Kepada Perintang

Definisi perintang
 

Perintang ialah satu komponen yang direkabentuk supaya mempunyai rintangan tertentu untuk mengawal arus supaya komponen selepasnya dapat menerima masukan yang sesuai.

Jenis-jenis perintang

a.     Terdapat dua jenis perintang.
        i.    Perintang tetap
-       Mempunyai nilai rintangan yang tetap dan tidak boleh   diubah.
-       Fungsi adalah mengawal dan menetapkan arus elektrik.
-       4 jenis perintang tetap iaitu :
 Perintang Komposisi Karbon.
 Perintang Saput Karbon.
 Perintang Wayar Berlilit.
 Perintang Saput Logam Oksida.

       ii.    Perintang boleh ubah
-       Mempunyai nilai rintangan yang tidak tetap tetapi boleh diubah.
-       digunakan pada litar yang memerlukan perubahan arus dan voltan.
-       3 jenis perintang boleh ubah iaitu :-
  Perintang reostat
  Perintang potentiometer (meter upaya)
                  Perintang preset


No comments:

Post a Comment